MTUC Saran Elaun Sara Hidup RM300 Sebulan Untuk Pekerja Swasta - Semasa | mStar

MTUC Saran Elaun Sara Hidup RM300 Sebulan Untuk Pekerja Swasta

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pada Jumaat mencadangkan elaun sara hidup (Cola) RM300 sebulan diberi kepada 10 juta pekerja sektor swasta memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Presiden MTUC Khalid Atan memberitahu Bernama adalah penting bagi kerajaan untuk memperkenalkan peraturan tentang Cola itu kepada sektor swasta kerana hampir lima juta pekerja di sektor itu kini memperoleh upah hanya kira-kira RM30 sehari, iaitu setakat melepasi garis kemiskinan RM870 sebulan.

Pada masa ini gaji minimum pekerja di Semenanjung ditetapkan RM900 dan bagi pekerja di Sabah dan Sarawak RM800.

Khalid berkata MTUC sedang merangka strategi untuk membantu meringankan beban pekerja.

Dalam tempoh sementara ini beliau mencadangkan agar syarikat membantu menyediakan subsidi makanan dan penginapan untuk pekerja, dan pekerja pula akan membantu syarikat meningkatkan produktiviti, untuk menjadikan situasi menang-menang.

Khalid berkata MTUC amat bimbang tentang kesan serta-merta peningkatan kos pengangkutan, makanan dan persekolahan terutama bagi kumpulan pekerja berpendapatan rendah.

Beliau memberi jaminan, MTUC sebagai pertubuhan pekerja yang bertanggungjawab, tidak akan melakukan demonstrasi jalanan menuntut hak mereka, tetapi lebih suka kepada rundingan aman. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain