suria

180 Terima Darjah Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang

Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (kanan) mengurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia-Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek. Foto BERNAMA
Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (kanan) mengurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia-Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek. Foto BERNAMA
Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (kanan) mengurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia-Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek. Foto BERNAMA

PEKAN: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek pada Khamis mengetuai senarai 180 lagi penerima darjah kebesaran dan pingat sempena hari keputeraan ke-83 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Beliau antara 13 penerima yang dikurniakan darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menyampaikan darjah kebesaran berkenaan dalam satu istiadat di balairung seri Istana Abu Bakar di sini, Khamis.

Dua belas lagi penerima SSAP ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Zaleha Zahari; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman Datuk Seri Syed Ismail Syed Azizan; Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Md Ikhsan; Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Alias Ahmad; Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif Yayasan Felda Datuk Seri Dr Emel Faizal Mohd Mokhtar dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Globaltec Formation Berhad Datuk Seri Dr Goh Tian Chuan.

Penerima lain ialah Datuk Seri Ayubkhan Gulamkhan; Pengerusi Oriental Group Of Restaurants Datuk Seri Siew Mun Chuang; Ketua Pegawai Eksekutif Bermaz Motor Sdn Bhd Datuk Seri Yeoh Choon San; Timbalan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Maju Holdings Sdn Bhd Datuk Seri Mohd Fauzi Yon; Ketua Pegawai Eksekutif Stanta Mauser (M) Sdn Bhd Datuk Seri Tan Cheng Chai dan Pengarah Urusan Tamil Nesan Datuk Seri Vell Paari Samy Vellu.

Tengku Abdullah turut berkenan menyampaikan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Datuk kepada 11 penerima iaitu Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamed Said; Anggota Parlimen Paya Besar Datuk Abdul Manan Ismail; Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Ahmad Khusairi Yahaya dan Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia Datuk Daresah Ismail.

Turut dikurnia pingat berkenaan ialah Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Datuk Mohd Razali Hussain; Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) Prof Datuk Dr Daing Mohd Nasir Daing Ibrahim; Pengarah Kastam Diraja Malaysia Perak Datuk Mohd Nasir Said; Pengarah Eksekutif Ahmad Zaki Resources Berhad Datuk Wan Zulkifli Wan Muda; Presiden Universiti Kuala Lumpur Prof Datuk Dr Mazliham Mohd Su'ud; Pengarah Urusan Melati Muhibbah Sdn Bhd Datuk Chia Choon Mua dan Pengerusi Muassasah Muttawif Asia Tenggara Datuk Jameel Sulaiman Hussain Bondagji.

Selain itu, 114 individu dikurnia Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang juga membawa gelaran Datuk.

Antara penerimanya ialah dua Anggota Mesyuarat Kerajaan Pahang iaitu Datuk Norol Azali Sulaiman dan Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad; Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis Datuk Khairuddin Mahmud; Adun Kemayan Datuk Mohd Fadil Osman; Adun Lepar Datuk Mohd Shohaimi Jusoh dan Adun Jengka Datuk Wan Salman Wan Ismail.

Penerima lain ialah Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri Datuk Adenan Ab. Rahman; Setiausaha Sulit Kanan Jabatan Perdana Menteri, Datuk E. Sivabalan; Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan Tinggi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Datuk Abd Rahim Hashim; Pengarah Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah Laksamana Pertama Datuk Mohd Taha Ibrahim; Komander Unit Tindakan Khas Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman Datuk Jamaludin Ibrahim dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Zakaria Ahmad.

Turut menerima DIMP ialah Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Selangor (PKNS) Datuk Othman Omar; Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana Negara Berhad Datuk Mohd Zahir Zahur Hussain; Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) Datuk Ab. Rahman Ismail; Ketua Pegawai Operasi Proton Holdings Berhad Datuk Hisham Othman; Timbalan Naib Canselor Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMP, Prof Datuk Dr Yuserrie Zainuddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Prasarana Negara Berhad Datuk Zohari Sulaiman.

Selain itu 10 individu masing-masing menerima pingat Setia Ahmad Shah Pahang(SAP) dan Setia Mahkota Pahang (SMP), serta 11 lagi masing-masing menerima pingat Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) dan Ahli Mahkota Pahang.

Hasan ketika ditemui pemberita selepas istiadat, berkata beliau menjunjung kasih atas pengurniaan pingat itu. - BERNAMA

Artikel Lain