suria

Wee Ka Siong Umum Tanding Timbalan Presiden MCA

Dr Wee Ka Siong.
Dr Wee Ka Siong.
Dr Wee Ka Siong.

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong pada Rabu mengumumkan bahawa beliau akan bertanding untuk jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti bulan depan.

Bercakap kepada lebih 200 penyokongnya di Wisma MCA di sini, Dr Wee berkata, beliau akan membantu presiden baru untuk membentuk MCA dan membangunkan semua imej parti sekiranya beliau dipilih untuk memegang jawatan itu.

"Ini sejajar dengan visi saya untuk membawa transformasi yang bermakna dalam parti selepas prestasi yang tidak memberangsangkan sejak 2008," katanya.

Dr Wee berkata, beliau tidak akan membiarkan MCA jatuh sebaliknya akan membawa gerakan yang lebih kuat dalam parti.

Dr Wee merupakan orang yang pertama mengumumkan hasratnya untuk bertanding jawatan timbalan presiden.

Pemilihan parti itu akan diadakan pada 21 Disember ini.

Penyandang Timbalan Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Naib Presiden, Gan Ping Sieu dan bekas Presiden, Datuk Seri Ong Tee Keat telahpun mengumumkan mengenai hasrat mereka untuk bertanding jawatan presiden.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain