suria

Polis Selangor Tahan Tiga Suspek, Rampas 8,179 DVD Haram

Polis menahan tiga suspek dan merampas 8,179 keping cakera video digital (DVD) tanpa sijil Perakuan B (cetak rompak) bernilai RM60,000 di sebuah unit kondominium mewah Tropicana City Tropics di Petaling Jaya Jumaat lepas. Selain DVD, polis juga menemui sepasang gari, lampu suluh, pistol, peluru plastik dan sebilah pisau di unit kondominium terbabit.
 Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan (tengah) menunjukkan barang-barang rampasan berkenaan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam, Isnin.
- fotoBERNAMA

SHAH ALAM: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor menahan tiga suspek dan merampas 8,179 keping DVD haram bernilai RM60,000 di sebuah kondominium mewah di Petaling Jaya Jumaat lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata suspek berkenaan ialah seorang lelaki warga Myanmar berusia 30 tahun yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan dua penduduk tempatan dipercayai penjual serta pembungkus DVD haram untuk sebuah sindiket.

Beliau berkata polis turut menemui sepasang gari, lampu suluh, dua kelopak peluru pistol, sarung pistol, peluru plastik, peluru bebola besi dan sebilah pisau 'Luminox' di kondominium berkenaan.

Siasatan awal terhadap suspek lelaki warga tempatan itu membawa polis ke sebuah premis di Amcorp Mall, Petaling Jaya pada hari sama dan menemui sepucuk pistol tiruan hitam jenama Milspec dan satu kelopak peluru kosong.

Mohd Shukri berkata suspek ditahan reman dari Sabtu lepas hingga esok dan kes DVD haram disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Penapisan Filem 2002 manakala kes pistol tiruan disiasat mengikut Seksyen 2 Akta Senjata Api 1959.

Beliau berkata siasatan juga dijalankan bagi mengetahui operasi sindiket penjualan DVD haram yang disyaki beroperasi sejak tahun lepas bagi pasaran di negeri ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain