suria

Zahrain Hashim Duta Besar Malaysia Yang Baharu Ke Indonesia

Zahrain
Zahrain
Zahrain

PUTRAJAYA: Bekas Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim telah dinamakan sebagai duta Malaysia ke Indonesia yang baharu.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata pelantikan Zahrain itu akan dibuat secara rasmi tidak lama lagi.

"Kami telah membuat keputusan mengenai pelantikan beliau dan kini dalam proses untuk memaklumkan kepada kerajaan Indonesia," katanya di rumah terbuka Kementerian Luar di sini, Khamis.

Anifah berkata bekas ahli Parlimen PKR itu telah dipilih selepas kerajaan mendapati beliau sesuai untuk tugas itu.

Zahrain memenangi kerusi itu atas tiket PKR pada 2008 tetapi meninggalkan parti itu untuk menjadi ahli Parlimen bebas pada tahun 2010.

Beliau menyertai semula Umno pada Disember tahun lepas.

Artikel Lain