Kedah Cadang Adakan Penerangan Tentang Fahaman Syiah - Semasa | mStar

Kedah Cadang Adakan Penerangan Tentang Fahaman Syiah

YAN: Kerajaan Kedah bercadang mengadakan sesi penerangan bagi memperjelaskan fahaman Syiah kepada penduduk di negeri itu dalam usaha mengekang penularan ajaran berkenaan.

Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata fahaman itu dipercayai mempunyai pengikut di beberapa kawasan di Kedah seperti Pendang, Sungai Petani dan Jitra.

"Syiah adalah satu fahaman yang dilarang dan menjadi satu kesalahan jika berlaku penyebaran fahaman ini dalam kalangan anggota masyarakat.

"Kita akan usulkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri agar menetapkan undang-undang yang jelas supaya tindakan undang-undang boleh diambil," katanya semasa berucap pada Penyampaian Sumbangan kepada guru agama sukarela, bidan kampung dan mudim di Masjid Al-Muhammadi Kampung Pauh, di sini malam Ahad.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Bercakap mengenai perkara lain, Mukhriz berkata peranan guru agama sukarela amat penting dalam melahirkan umat Islam yang sejati.

"Kadang kala ada perkara yang mungkin terlepas pandang, sama ada di sekolah atau oleh ibu bapa di rumah, justeru menjadi tanggungjawab guru-guru agama ini untuk membetulkan perkara yang tidak seiring dengan agama dalam kalangan anak-anak kita," katanya.

Beliau turut menyentuh peranan bidan kampung dan mudim yang bagi beliau masih penting sekalipun keadaan sekarang sudah jauh berbeza dengan suasana ketika era 1960an ketika peranan bidan kampung dan mudim amat dituntut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.