suria

KSN Ketuai Senarai 1,574 Penerima Darjah Kebesaran

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan mengurniakan Darjah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran 'Tan Sri' kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Persekutuan sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa mengetuai senarai 1,574 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2013 sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Beliau adalah penerima Darjah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran 'Tan Sri'.

Turut dikurniakan PMN ialah pengasas dan presiden Limkokwing University of Creative Technology, Prof Emeritus Tan Sri Dr Lim Kok Wing.

Seramai 45 individu lain dikurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran 'Tan Sri'.

Mereka ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Ahmad Maarop, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Seri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri Datuk Shukry Mohd Salleh.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Ab Aziz Kasim dan Penasihat Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Othman Abd Razak.

Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Datuk Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar turut dikurniakan PSM.

Penerima lain ialah Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tunku Laksamana Kedah Datuk Seri Diraja Tunku Abdul Hamid Thani ibni Almarhum Sultan Badlishah, Presiden Persatuan Kebajikan Islam Sarawak (PERKIS) Datuk Seri Abang Abu Bakar Datu Bandar Abang Haji Mustapha.

Selain itu, 59 penerima dikurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran 'Datuk'.

Mereka ialah Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Madinah Mohamad, Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri Datuk Rahamat Bivi Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Datuk Dr Ong Hong Peng, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Che Mohd Hashim Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Othman Mahmood.

Turut dikurniakan PJN ialah Penasihat Khas (Hubungan Antarabangsa) kepada Perdana Menteri Datuk Mohammad Kamal Yan Yahaya, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Malik Ishak, Timbalan Ketua Audit Negara Datuk Anwari Suri, Perutusan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Datuk Gulam Hussin Gulam Haniff.

Artikel Lain