suria

Ahli PKR Suhaimi Hassan Maut Selepas Alami Serangan Jantung & Kereta Hilang Kawalan

SHAH ALAM: Ahli Parti Keadilan Rakyat, Suhaimi Hassan meninggal dunia selepas terkena serangan jantung yang menyebabkan kereta Proton Wira yang dipandunya hilang kawalan hingga melanggar sebatang pokok.

Difahamkan Allahyarham Suhaimi, 59, sedang dalam perjalanan pulang daripada ceramah ketika kemalangan berlaku di Seksyen 17 pada pukul 10 malam Ahad.

Pegawai bertugas bahagian trafik Selangor, Timbalan Supritendan Azmin Mansor berkata siasatan awal mendapati mangsa mengalami serangan jantung sebelum kereta yang dipandunnya hilang kawalan

"Bedah siasat mendapati Suhaimi meninggal dunia akibat serangan jantung. Tiada kecederaan kelihatan dibadannya," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau berkata tidak unsur jenayah terlibat dalam kes berkenaan. "Kes tersebut disiasat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain