Veteran Umno, Aishah Ghani Meninggal Dunia - Semasa | mStar

Veteran Umno, Aishah Ghani Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Veteran Umno Tan Sri Aishah Ghani (gambar) meninggal dunia di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur di sini pada Jumaat kerana sakit tua.

Aishah, 90, menghembuskan nafas terakhir pada 12.50 tengah hari setelah dimasukkan ke hospital berkenaan sejak Jumaat lepas setelah kesihatannya tidak stabil, menurut cucunya Ahmad Arif Astaman.

Jenazahnya dijangka dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara petang ini.

Aishah meninggalkan empat anak, tiga lelaki dan seorang perempuan.

Allahyarham merupakan wanita pertama Malaysia yang dilantik menjadi Senator dan wanita kedua di Malaysia yang menjawat jawatan Menteri selepas negara mencapai kemerdekaan.

Pada 1949 beliau menyertai Umno dan menjadi setiausaha Cawangan Wanita UMNO Kampung Baru sehinggalah dipilih menjadi ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia.

Allahyarham yang dilahirkan di Kampung Sungai Serai, Ulu Langat juga pernah menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada akhir tahun 1945.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Ulu Langat dan di Sekolah Diniyah Puteri, Padang Panjang, Sumatera serta pernah mengikuti kursus kewartawanan di London School of Journalism pada 1955. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain

Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut