suria

Lahad Datu: Anwar Akhirnya Puji Pasukan Keselamatan Negara

KUALA LUMPUR: Selepas 15 hari Operasi Daulat dilaksanakan bagi membanteras kumpulan pengganas di Lahad Datu, Sabah yang turut mengorbankan anggota keselamatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya memuji langkah yang dilakukan pasukan keselamatan.

Ketua Pembangkang berkata pada mesyuarat khas pakatan pembangkang hari ini turut menyatakan sokongan terhadap langkah yang diambil oleh pasukan keselamatan.

Bagaimanapun mesyuarat tetap mendakwa kerajaan menggunakan isu pencerobohan Lahad Datu ini untuk "meraih sokongan politik," katanya pada sidang berita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini Selasa.

Anwar juga menegaskan pakatan pembangkang turut menolak sebarang tuntutan asing, termasuk Filipina, ke atas Sabah kerana negeri itu adalah milik Malaysia.

Turut hadir Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan veteran DAP Lim Kit Siang. - BERNAMA

Artikel Lain