suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM Lancar Nombor Plat 1M4U

SUBANG JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan nombor plat 1M4U bersempena dengan Persidangan Antarabangsa Mengenai Belia dan Kesukarelawanan (1M4U).

Terdapat 9,999 nombor plat untuk dimiliki, dengan Najib antara yang pertama memperolehinya.

Beliau akan memperoleh nombor plat 1M4U 11 memandangkan 11 merupakan angka kegemarannya.

Berucap pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Belia dan Kesukarelawanan (1M4U) di Taylor's Universiti di sini pada Sabtu, beliau berkata wang yang diperoleh menerusi penjualan nombor plat itu akan digunakan untuk membiayai aktiviti 1M4U.

Nombor plat tersebut akan mula dijual menerusi bidaan secara dalam talian bermula 11 Mac.

Artikel Lain