suria

Perkhidmatan Komuter Rawang-Sg Gadut Setakat Stesen Serdang & Kajang Esok

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan tren komuter bagi laluan Rawang-Sg. Gadut-Rawang akan tamat di Stesen Serdang dan Kajang sepanjang hari pada Sabtu, susulan kerja pembinaan pembetungan di landasan berhampiran Stesen Kajang.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat, berkata penumpang perlu menukar tren di kedua-dua stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

Kerja pembinaan akan bermula pukul 12 tengah malam ini hingga 8 malam Sabtu, kata kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi pusat panggilan KTMB di talian 1-300-88-5862. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain