suria

Mahkamah Rendah Syariah Klang Berpindah Ke Jalan Haji Sirat

SHAH ALAM: Mahkamah Rendah Syariah Klang berpindah ke bangunan baru di Jalan Haji Sirat Klang mulai 15 Julai lepas dan mula beroperasi sepenuhnya pada Isnin.

Menurut kenyataan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor yang dikeluarkan di sini, mahkamah itu sebelum ini beroperasi di Garden Business Centre, Jalan Istana Klang.

Perpindahan itu bertujuan menyediakan perkhidmatan serta kemudahan yang lebih baik kepada pelanggan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 03-55191291/55191294. - BERNAMA

Artikel Lain