suria

Ejen Peminjam Wang Tanpa Lesen Didakwa Bunuh Jiran

KUALA LUMPUR: Seorang ejen peminjam wang tanpa lesen dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, Khamis, atas tuduhan membunuh jirannya minggu lepas.

M.Murugan, 34,(he) mengangguk tanda faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Parvin Hameedah Natchiar. Tiada pengakuan direkodkan daripadanya.

Mahkamah menetapkan 14 Ogos untuk sebutan kes.

Murugan didakwa bersama-sama dengan dua lagi suspek yang masih bebas, membunuh R.Sevanesen, 36, di hadapan rumah No.16, Jalan 17/2A, Taman Wilayah, Selayang, di sini pada 4.10 petang, 11 Jun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 300 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, dan boleh dihukum mengikut Seksyen 302 kanun berkenaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S.Malini Anne manakala tertuduh diwakili peguam R.Jag (rpt: R.Jag). - BERNAMA

Artikel Lain