suria

Duta AS Ke Malaysia Lawat Pusat Latihan Pengaman Malaysia Selasa Ini

PETALING JAYA: Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Paul W. Jones akan melawat Pusat Latihan Pengaman Malaysia (MPTC) di Port Dickson, Negeri Sembilan pada Selasa ini.

Lawatan beliau bersempena dengan penganjuran Kursus Logistik bagi Inisiatif Operasi Keamanan Global (GPOI), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Jones akan bertemu dengan Komandan MPTC, Kolonel Sardon Hassan,” kata Kedutaan AS dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Menurut Kedutaan AS, kerajaan negara itu menyediakan peruntukan lebih AS$3 juta (RM9.2 juta) kepada MPTC di bawah GPOI, yang bermula sejak Mei 2007.

“GPOI merupakan program latihan yang bermatlamat untuk memperkasakan kapasiti antarabangsa bagi mengendalikan Operasi Sokongan Keamanan di seluruh negara,” katanya lagi.

Dalam kursus tersebut turut melibatkan latihan penstrukturan GPOI untuk pengaman rakyat Malaysia yang berkhidmat ke Lebanon.

Sistem Pembiayaan Kerajaan AS Bagi Operasi Sokongan Keamanan Dengan Kerjasama Komuniti (PSOCC) akan dijanakan dalam MPTC bagi menyediakan rangkaian meluas untuk pengurusan maklumat gabungan dan pengurusan maklumat bagi menyokong GPOI.

Artikel Lain