suria

Ibu Kepada Tiga Generasi

Lee dikelilingi oleh anak perempuannya, Sally (kiri) dan Lillian (kanan), cucu dan cicitnya di rumahnya di Jalan Gajah.
Lee dikelilingi oleh anak perempuannya, Sally (kiri) dan Lillian (kanan), cucu dan cicitnya di rumahnya di Jalan Gajah.
Lee dikelilingi oleh anak perempuannya, Sally (kiri) dan Lillian (kanan), cucu dan cicitnya di rumahnya di Jalan Gajah.

GEORGE TOWN: Tugas seorang ibu memang tidak pernah selesai. Ia adalah kata-kata yang menggambarkan pengalaman sebenar seorang ibu, Molek Lee Saw Im yang bukan saja menjaga cucu tetapi cicitnya.

Hanya berpendapat bahawa tugas sebagai ibu akan berakhir selepas keempat-empat anaknya berkahwin, Lee, 80, kini menggalas tanggungjawab sebagai seorang nenek dan moyang.

Lee dari kaum Nyonya mempunyai tujuh cucu dan lapan cicit.

Rumahnya yang terletak di Jalan Gajah, Tanjung Bungah di sini dikenali sebagai 'kafe', 'hospital' dan 'pusat jagaan harian' di kalangan penduduk kerana beliau terpaksa memenuhi keperluan berbeza untuk anak-anak, cucu dan cicitnya.

Lee yang pernah memenangi gelaran Ratu Kebaya Nyonya Antarabangsa 2008 pada usia 76 tahun juga celik teknologi.

"Saya menggunakan komputer riba untuk berkomunikasi dengan anak saya yang tinggal di Australia manakala akaun Facebook memberi saya ruang untuk berhubung dengan rakan-rakan dan keluarga di seluruh negara," katanya.

Mendirikan rumah tangga dengan bekas pengurus penerbangan, Jeffrey Koh, Lee berkata, dia merupakan seorang wanita yang berdikari.

Salah seorang anak perempuan Lee, Lillian Koh, 49, berkata setiap ahli keluarga akan meminta pertolongan ibunya jika menghadapi masalah dengan anak-anak atau pembantu rumah.

"Kami benar-benar memerlukan beliau. Ibu akan pergi ke rumah kami untuk melakukan pemeriksaan bagi memastikan cucunya dijaga dengan baik, rumah dalam keadaan kemas dan bekalan makanan mencukupi," katanya.

Lillian dan kakak sulungnya, Sally, 59 berkata anak-anak mereka amat rapat dengan Lee berbanding ibu bapa mereka sendiri.

Anak lelaki Sally, Khor Ming Yang, 38, ayah kepada dua orang anak berkata, Lee sentiasa menjadi tulang belakangnya.

"Dia amat mesra dan sentiasa menghulurkan bantuan," katanya.

Sempena sambutan Hari Ibu kali ini, seluruh keluarga merancang untuk makan malam bersama di sebuah restoran.

Artikel Lain