Warga Taiwan Didenda Kerana Cap Palsu Pasport - Semasa | mStar

Warga Taiwan Didenda Kerana Cap Palsu Pasport

PETALING JAYA: Tiga puluh lima warga Taiwan berumur lingkungan 20 hingga 35 tahun didenda masing-masing RM2,500 dan RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat selepas mengaku bersalah kerana cap palsu pada pasport mereka.

Mereka didakwa di dua mahkamah berasingan. Seramai 20 orang didakwa di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid manakala 15 lagi di hadapan Majistret Mohd Nazri Omran.

Seorang pula didenda RM3,500 atau tiga bulan penjara selepas mengaku bersalah tidak mempunyai dokumen pengenalan yang sah.

Ahmad Solihin menjatuhkan hukuman masing-masing denda RM3,000 atau tiga bulan penjara ke atas 20 orang warga Taiwan tersebut termasuk seorang wanita selepas mereka mengaku bersalah kerana cap palsu pada pasport.

Beliau memerintahkan kesemua mereka diusir keluar selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi yang menjalankan pendakwaan.

Kesemua mereka melakukan kesalahan itu di No 46, Jalan Cempaka Bluewater Estate, Seri Kembangan, Serdang, pada 12.15 petang, 6 April lepas.

Mengikut fakta kes, polis yang menjalankan siasatan mendapati kesemua tertuduh memegang pasport yang cap perjalanan mereka telah dipalsukan.

Sementara itu di satu lagi mahkamah, Majistret Mohd Nazri menjatuhkan hukuman denda RM2,500 atau dua bulan penjara ke atas 15 warga Taiwan itu kerana kesalahan yang sama manakala seorang warga Taiwan perempuan didenda RM3,500 atau tiga bulan penjara kerana tidak memiliki dokumen pengenalan yang sah.

Kesemua 35 warga Taiwan itu didakwa mengikut Seksyen 2(1)(A) Akta Pasport 1966 dan boleh dihukum di bawah seksyen 12(2) akta yang sama membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, tertuduh yang tidak memiliki dokumen pengenalan yang sah itu didakwa mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Pasport.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di No 15, Jalan Cempaka, The Mines Resort City, Seri Kembangan, Serdang, pada 11.45 pagi, 6 April lepas.

Kesemua 36 tertuduh diwakili oleh peguam Thong Seng Kong manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Aifaa Che Abdullah. BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga India Ke Tali Gantung Edar Ketamin

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain