suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Banjir Di Kampar Pulih Sepenuhnya

KAMPAR: Keadaan banjir di daerah ini kini pulih sepenuhnya dan baki 56 mangsa banjir di Pusat Pemindahan di Sekolah Kebangsaan Kampar dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superitendan Abdul Aziz Salleh berkata, mereka yang terdiri daripada 18 keluarga dari Kampung Batu 20 dan Kampung Baru Kuala Dipang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada pukul 11 pagi.

Operasi telah tamat dan pusat tersebut ditutup pada Isnin berikutan keadaan di kampung-kampung yang terbabit banjir telah pulih seperti biasa, katanya kepada pemberita, Isnin.

Hujan lebat pada Rabu lepas menyebabkan air Sungai Kampar melimpah dan membanjiri sembilan buah kampung menyebabkan lebih 1,000 mangsa dipindahkan. - BERNAMA

Artikel Lain