suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

34 Wanita Disyaki Terlibat Kegiatan GRO Ditahan

SEREMBAN: Tiga puluh empat wanita disyaki pelayan pelanggan (GRO) ditahan ketika sedang leka melayan pelanggan di tiga hotel bajet di sekitar bandar ini, di sini petang Jumaat.

Turut ditahan dalam operasi Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri itu ialah 11 pelanggan dan tiga lelaki dipercayai penjaga premis berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan ACP Hamdan Majid berkata kesemua wanita terbabit berusia antara 23 hingga 58 tahun, dan 12 daripada mereka rakyat Indonesia.

"Dalam serbuan di hotel pertama, kami menahan 12 wanita Indonesia disyaki GRO dan turut menemui 21 kondom serta dua gulung tisu dan 13 lagi wanita rata-ratanya rakyat tempatan ditahan di hotel kedua dan kami merampas 43 kondom serta dua gulung tisu.

"Dalam serbuan terakhir, sembilan wanita tempatan dicekup dan kami menemui 45 kondom dan satu gulung tisu," katanya ketika dihubungi di sini Sabtu. - BERNAMA

Artikel Lain