suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Batal Konsert Erykah Badu Tidak Cemar Imej Negara - Rais

KUALA LUMPUR: Imej Malaysia di peringkat global tidak akan tercemar dengan pengharaman konsert Erykah Badu, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau mempertahankan keputusan Kabinet untuk mengharamkan konsert dan berkata "sensitiviti tempatan perlu dipertimbangkan terlebih dahulu."

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Persidangan Menteri-Menteri Asean Bertanggungjawab Bagi Maklumat (AMRI) Ke-11, pada Khamis.

Konsert itu dijadualkan akan diadakan hari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Pihak berkuasa tidak membenarkan konsert itu atas alasan bahawa ianya bertentangan dengan garis panduan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Artikel Berikut

Artikel Lain