suria

Dua Beradik Lemas Ketika Memancing

SIBU: Dua beradik yang keluar memancing di Sungai Antu di sini tanpa pengetahuan ibu bapa mereka, ditemui lemas kira-kira 8.30 malam Sabtu.

Mereka dikenali sebagai Ismail William, 11, pelajar tahun lima SK Hin Hua dan adik lelakinya berusia enam tahun, Ismawi, pelajar tadika di Hin Hua Kindergarten.

Ibu bapa mangsa, kedua-duanya dari Mukah, tidak berada di rumah ketika insiden itu dan telah meninggalkan mereka di bawah jagaan kakak mangsa yang berusia 17 tahun.

Tetapi dia tidak menyedari kedua-dua adiknya telah menyelinap keluar membawa jaring untuk menjala ikan di sungai itu.

Ketiadaan mereka hanya disedari selepas ibu bapa mangsa pulang ke rumah.

Usaha mencari kedua-dua mangsa turut disertai jiran dan pekerja kilang papan di mana mayat mangsa ditemui lemas oleh ibu mereka.

Anggota polis dari balai Sungai Merah mengeluarkan mayat dua beradik itu sekitar 9 malam dan dihantar ke Hospital Sibu untuk bedah siasat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain