suria

40 Bilik Rumah Kongsi Di PJ Terbakar

KUALA LUMPUR: Sebanyak 40 bilik rumah kongsi yang didiami pekerja kontrak warga asing di tapak kawasan pembinaan di Jalan 224, Seksyen 51A, Petaling Jaya, musnah dalam satu kebakaran pagi tadi.

Ketua Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya Seksyen 7, Azman Mohd Zahari berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 8.10 pagi dan sebaik tiba di tempat kejadian api sedang marak kerana rumah berkenaan diperbuat daripada plywood.

Dianggarkan 80 peratus daripada jumlah bilik yang ada di situ hangus sepenuhnya manakala yang lain tidak terbakar, katanya kepada Bernama.

Azman berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana semasa kejadian kesemua penghuni keluar bekerja.

Artikel Lain