suria

Lewat Hantar Borang Cukai Pendapatan, Penalti 20-30 Peratus Akan Dikenakan

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia akan mengenakan penalti antara 20 peratus dan 35 peratus terhadap pembayar cukai yang lewat atau gagal mematuhi penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar berkata pengenaaan penalti itu akan dilakukan mengikut tempoh kelewatan penghantaran BNCP, antara 12 bulan dan 36 bulan.

"Amaun penalti yang akan dikenakan tidak melebihi tiga kali ganda cukai yang dikenakan," katanya di dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Beliau berkata LHDN memandang serius kesalahan yang dilakukan oleh pembayar cukai apabila lewat atau gagal mengemukakan BNCP mengikut tempoh yang ditetapkan.

Tindakan itu akan dikenakan di bawah Subseksyen 112(3) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 melalui arahan terbaharu, yang merupakan pembaikan kepada arahan sebelum ini untuk menghasilkan peningkatan dalam pematuhan penghantaran BNCP mengikut tempoh.

Ia berkuatkuasa pada 1 Jun, 2011. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Tiga Individu, Satu Persamaan

Artikel Berikut

Artikel Lain