suria

Ibu Saravanan Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Ibu Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk M. Saravanan, P. Maraie, 88, meninggal dunia akibat sakit tua kira-kira pukul 2 petang Khamis.

Sehubungan itu, Saravanan dalam satu kenyataan berkata ahli keluarga dan rakan-rakan yang ingin memberi penghormatan terakhir kepada mendiang boleh berbuat demikian di rumah beliau di No. 29, Jalan Setiabakti, Bukit Damansara di sini.

Majlis pengebumian mendiang akan diadakan pukul 2 petang Jumaat di Cheras di sini.- BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain