suria

PGM Semprona Gagalkan Cubaan Seludup Gula Pasir Ke Negara Jiran

SEMPORNA: Pasukan Gerakan Marin (PGM) Semporna berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar 696kg gula pasir yang bernilai kira-kira RM1,816 ke negara jiran menggunakan bot awal pagi Rabu.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi (PGM) Semporna, ASP Mat Zawawi Mat Yaacob berkata gula itu dirampas dari sebuah bot yang diperiksa di kawasan perairan Labuan Haji kira-kira pukul 2.45 pagi.

"Dua lelaki masing-masing berusia 24 dan 34 tahun ditahan untuk membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Semalam PGM Semporna berjaya merampas 252kg gula pasir di jeti Kampung Bangau-Bangau dekat sini ketika bahan itu sedang dipunggah ke dalam sebuah bot oleh sekumpulan lelaki, yang melarikan diri sebaik menyedari kehadiran anggota PGM. -BERNAMA

Artikel Lain