suria

200 Anggota PKR Cabang Bayan Baru Keluar Parti

GEORGE TOWN: Seramai 200 anggota Persatuan Sami-sami Hindu Pulau Pinang yang menganggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Bayan Baru di sini, mengisytiharkan keluar parti, Ahad.

Pengerusi Persatuan Sami-sami Hindu Pulau Pinang, S. Dhinabalan berkata keputusan meninggalkan perjuangan mereka bersama PKR dibuat kerana kecewa terhadap parti itu yang gagal membela nasib dan kebajikan kaum India di negeri ini.

Mereka membuat keputusan keluar parti itu selepas hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim, katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung dakwaan video seks Anwar di Balai Polis Bayan Baru di sini.

Beliau yang juga bekas Anggota Jawatankuasa PKR Bayan Baru berkata hala tuju parti itu kini semakin tidak menentu dan hanya mementingkan perjuangan individu malah kepentingan serta hak kaum India di negeri ini tidak dijaga oleh kepimpinan pakatan pembangkang.

Dhinabalan yang menyertai PKR sejak tahun 2008 telah mengambil keputusan keluar parti itu tahun lepas dan diikuti oleh 200 anggota persatuan itu pada Ahad.

Persatuan itu mempunyai seramai 280 anggota di sekitar Pulau Pinang.- BERNAMA

Artikel Lain