Raja Permaisuri Agong, PM Terima Anugerah Tertinggi Pengakap

PUTRAJAYA: Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dianugerahkan Bintang Semangat Padi Kelas Pertama (Emas) daripada Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan anugerah itu sempena Majlis Pengurniaan Bintang dan Pingat PPM peringkat kebangsaan di Istana Melawati di sini, Selasa.

Bintang Semangat Padi adalah anugerah tertinggi PPM yang disampaikan kepada tokoh-tokoh terbilang dan penerima yang layak hanya daripada kalangan pemimpin negeri dan negara.

Pada majlis itu, Raja Permaisuri Agong turut dimahsyurkan selaku Pesuruhjaya Pengakap Negara Kehormat, manakala Perdana Menteri diisytihar sebagai Presiden Agung Pengakap Malaysia.

Turut hadir Ketua Pengakap Negara Datuk Seri Dr Shafie Mohd Salleh. Seramai 130 orang dikurniakan bintang dan pingat hari ini iaitu Bintang Pahlawan, Bintang Semangat Padi Perak, Bintang Semangat Rimba Emas, Bintang Semangat Rimba Perak, Bintang Semangat Rimba Perak (Kehormat) serta pingat perkhidmatan Gemilang dan pingat perkhidmatan Cemerlang.

Ia dikurniakan sebagai pengiktirafan kepada pemimpin-pemimpin pengakap yang telah berjasa kepada bangsa dan negara selaras dengan komitmen terhadap PPM.

Anugerah khas Bintang Pahlawan iaitu anugerah tertinggi yang diberi kepada pemimpin dan anggota-anggota pengakap yang telah memberi khidmat dalam menyelamatkan nyawa dan harta benda masyarakat sekelilingnya diterima Pengakap Remaja Sekolah Menengah Kapar Indah iaitu Muhammad Syazwan Zakaria.

Sementara itu, antara penerima Bintang Semangat Padi Perak iaitu anugerah kedua tertinggi PPM adalah Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Noriah Kasnon adalah antara penerima Bintang Semangat Rimba Perak iaitu anugerah yang disampaikan kepada tokoh-tokoh yang telah memberi perkhidmatan dan bakti terpuji kepada pergerakan Pengakap. -BERNAMA

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain