Mangsa Kebakaran Bukit Malut, Langkawi Terima Sumbangan RM1,000 - Semasa | mStar

Mangsa Kebakaran Bukit Malut, Langkawi Terima Sumbangan RM1,000

LANGKAWI: Setiap keluarga mangsa kebakaran di kawasan penempatan Bukit Malut, Mukim Ulu Melaka di sini malam tadi, akan menerima sumbangan sebanyak RM1,000.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah yang baru dilantik Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, sumbangan itu, masing-masing RM500 daripada kerajaan pusat dan Umno Kedah, akan diagihkan Jumaat ini.

"Kita simpati dengan mangsa terbabit, yang kebanyakkannya terdiri daripada nelayan, kerana terjejas pendapatan mereka," katanya pada sidang akhbar selepas melawat mangsa kebakaran hari ini.

Dalam kejadian itu, sebanyak 59 rumah musnah dan membabitkan 260 mangsa. Ahmad Bashah juga berkata seramai 64 pelajar sekolah menengah dan rendah akan menerima sumbangan pakaian sekolah serta alat tulis.

Beliau berkata kesemua mangsa kini ditempatkan di surau, rumah saudara terdekat dan khemah sementara yang disediakan, sehubungan itu, hotel bertaraf lima bintang diharap dapat menghulur sumbangan kepada mangsa bagi meringankan beban mereka.

Katanya, Jabatan Kebajikan Masyarakat turut menyumbangkan makanan dan kain selimut kepada 59 keluarga yang menjadi mangsa kebakaran itu.

Ahmad Bashah juga meminta kerajaan negeri Kedah menimbangkan untuk menempatkan mereka di kawasan lebih selesa.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak dijangka melawat mangsa esok. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain