suria

Maxis Umum Pelan Data Untuk iPad

KUALA LUMPUR: Maxis Berhad pada Isnin mengumumkan penawaran pelan datanya untuk perisian iPad dengan kemudahan Wi-Fi + 3G di Malaysia bermula esok (30 November).

Menurut Ketua Pegawai Operasi Maxis, Jean-Pascal van Overbeke, kesemua pelan data yang ditawarkan adalah tanpa terikat dengan sebarang kontrak sekaligus memberikan kebebasan kepada pengguna untuk membuat pilihan mereka.

"iPad memberi kelebihan kepada pengguna untuk berinteraksi dengan aplikasi dan kandungan yang terkandung di dalamnya dalam cara dan pendekatan yang lebih seronok, peribadi dan mengujakan.

"Para pengguna iPad kini boleh melayari laman web, membaca dan menghantar email, berkongsi foto, menonton video dalam bentuk HD, mendengar muzik, bermain permainan video, membaca buku elektronik dan banyak lagi," kata kenyataan itu.

Model iPad dengan kemudahan Wi-Fi + 3G hanyalah setebal 0.5 inci dan jauh lebih ringan daripada mana-mana komputer riba dan mampu bertahan 10 jam untuk melayari internet menggunakan Wi-Fi, menonton video atau mendengar muzik dan baterinya mampu bertahan selama sembilan jam melayari internet menggunakan data rangkaian 3G.

iPad akan dilancarkan secara rasminya di Malaysia, Selasa (30 November).

Untuk memperolehi maklumat lebih lanjut tentang pelan data iPad Maxis, para pembaca bolehlah melayari www.maxis.com.my/iPad mulai Selasa.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain