suria

Gambar Gitaris Estranged Pegang Anjing

“HAI Niezam, artis kita pegang anjing lagi... nah tengok gambar ni. Tolong kutuk sikit ya dalam ruangan you... Adoiii.”

Begitulah kiriman SMS yang Niezam terima semasa tengah sibuk melantak kuih sempena rumah terbuka Hari Raya di Selama, Perak minggu lalu.

Pembaca setia mStar dari Kuala Lumpur itu mahu dikenali sebagai Mike. Dia bukan orang Melayu tetapi dia amat prihatin dengan artis Melayu kita yang beragama Islam.

Kata Mike, dia ada ramai kawan Melayu. Semua kawannya tak pegang anjing. Malah dia orang beritahu Mike, orang Islam tak boleh pegang anjing.

Jadi bila ada artis Melayu yang pegang anjing, Mike pun hantar satu gambar kepada Niezam yang menampilkan pemain gitar kumpulan Estranged iaitu Din Hormatov (gamnbar) tengah pegang anjing.

Menurut Mike, dia terima gambar itu daripada rakannya dan minta Niezam komen gambar itu.

Macam nilah Mike. Niezam tak mahu nak bersyarah berjela-jela sebab tak semua orang suka dengar orang membebel.

Sebelum Din pegang anjing, sudah ramai artis kita yang buat benda yang sama. Pelakon Syarifah Sofia dan bekas penyanyi kumpulan Res2 – Baby pun pernah “kantoi” gambar-gambar pegang anjing.

Untuk makluman Mike, nak pegang anjing atau babi sekalipun tak salah jika bersebab. Orang Islam yang jadi doktor haiwan pun kadang-kala terpaksa pegang anjing juga.

Malah sesiapa saja nak pegang anjing atau lebih daripada anjing pun boleh asalkan dia orang kena samak selepas itu kerana binatang itu najis bagi orang Islam. Mudah saja.

Tapi masalahnya artis-artis kita ini sesetengahnya bahalol semacam. Dia orang suka mencetuskan kontroversi dengan menyebarkan gambar-gambar pegang anjing, pegang botol arak dan aksi-aksi tidak senonoh dalam laman sosial masing-masing.

Inilah masalah besar artis kita yang tak pandai jaga maruah sebagai “public figure”. Dalam banyak-banyak haiwan kenapa gambar pegang anjing pula yang hendak dipertontonkan kepada orang kerana ia akan mencetuskan isu sensitif.

Jadi kepada mana-mana artis yang mungkin ada pelihara sekandang anjing sekalipun, jangan sesekali sebarkan gambar-gambar itu dalam jaringan sosial anda.

Tak ada apa yang hendak dibanggakan kalau kita memelihara anjing apatah lagi jika memegangnya sampai dibawa ke bilik tidur.

NIEZAM: Pegang pada janji.

Balik-balik salahkan filem

KETIKA orang sedih bercerita mengenai kematian Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang dibunuh dengan kejam, tiba-tiba ada pihak yang mempersoalkan industri filem kita.

Pihak-pihak berkenaan mahukan filem-filem ganas diharamkan. Alasannya filem-filem itu yang mendorong manusia hari ini menjadi pembunuh, pembuli dan macam-macam lagi.

Niezam ketawa apabila mendengar cerita lapuk itu. Sejak dulu lagi bila ada masalah yang berlaku, balik-balik orang salahkan filem yang punya angkara.

Pertambahan bilangan mat rempit kononnya kerana ada filem-filem mat rempit. Tapi kisah orang merempit ini berlaku sebelum filem rempit itu dibuat lagi.

Filem-filem Hollywood yang masuk ke negara ini sejak zaman dahulu kala sudah lama mempamerkan cerita-cerita ganas. Begitu juga filem Hindustan yang banyak cerita aksi dan kejar-mengejar.

Soalnya filem tidak bersalah. Orang yang menonton filem di panggung wayang sekadar menonton untuk hiburan.

Selepas keluar panggung, orang akan pulang ke rumah dan buat kerja masing-masing dan bukannya mencari jalan untuk menjadi penjenayah.

Filem walaupun genre aksi ataupun komedi tetapi pengakhiran ceritanya mempunyai mesej. Setiap orang yang buat filem mempunyai matlamat baik yang hendak disampaikan kepada penonton agar ia menjadi pengajaran.

Malah di negara kita kerajaan sudah mengiktiraf fungsi Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) yang kerjanya memotong adegan-adegan yang tidak bersesuaian.

Apabila filem dikatakan menjadi penyebab terhadap keganasan yang berlaku sehingga ada yang pandai-pandai menuduh filem dan segala macam yang berlaku selama ini,

Niezam tak bersetuju sama sekali. Orang yang berkata macam itu ambil fakta dari mana?

Kalau kita asyik nak sekat kebebasan berkarya, akhirnya industri seni kita semakin lama akan berkubur.

Niezam percaya penjenayah yang ada dalam penjara itu pun belum tentu mereka sempat tengok filem. Entah-entah masuk panggung wayang pun tak pernah.

Sistem pendidikan kita juga perlu dipersalahkan kerana apabila politik bertukar, sistem pembelajaran pun bertukar. Tak konsisten.

Orang yang menjadi penjenayah atau pembunuh mereka tidak mendapat didikan agama dan kasih sayang daripada keluarga yang betul. Itu punca yang utama dan bukannya daripada filem.

Zaman belum ada televisyen pun penjara yang dibuat untuk penjenayah sudah lama wujud. Jadi kepada orang yang pandai-pandai kata filem menjadi punca kepada segala keganasan itu harap pergi sekolah sekali lagi.

Niezam: Tengok filem Toyol.

Apek jangan buat gimik

Pelawak Saiful Apek buat gimik ke ni? Masa baru keluar dari lokap polis dia kata mahu undur diri dalam bidang seni kerana kejadian hitamnya itu.

Tut-tut tak lama lepas tu dia buat kenyataan tak jadi tarik diri sebaliknya nak terus aktif sebagai pelakon.

Alasannya semasa buat kenyataan pertamanya dulu, jiwa dia tertekan.

Hai Apek... tak habis-habis nak buat lawak. Inilah orang kata pelawak. Sebab itulah lain kali kalau nak bercakap atau buat kenyataan atau sesuatu keputusan itu fikirlah betul-betul. Jangan main cakap sedap mulut saja. Adoiii... pening la artis macam ni.

Niezam tak dengki satu sen pun Apek nak berundur ataupun tidak tapi Niezam menyampah dengan artis-artis yang cakap tak serupa bikin. Agaknya lepas ni apa pulalah yang Apek nak cakap lagi.

Niezam: Cakap lepas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain