suria

Selangor Tawar SPRM Tempatkan Pegawai di KSSB

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor menawarkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menempatkan pegawainya di pejabat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) di sini.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata menerusi langkah itu SPRM boleh memantau operasi dan pentadbiran anak syarikat kerajaan negeri berkenaan dengan lebih dekat bagi memastikan salah guna kuasa atau rasuah tidak berlaku.

KSSB mengendalikan aktiviti perlombongan pasir.

Abdul Khalid berkata bagi memastikan pentadbiran yang telus dan terbuka, KSSB akan mengiklankan jawatan kosong bagi mengisi dua jawatan pengarah yang bebas dari pengaruh politik.

"Mereka ini akan menjadi wakil kerajaan negeri untuk bersama-sama mentadbir dan menguruskan KSSB dalam menjalankan perlombongan pasir," katanya.

Beliau berkata KSSB juga telah diarahkan untuk melantik juruaudit bebas bagi mengaudit maklumat kewangannya.

Kerajaan negeri turut melantik Wan Ab Halim Wan Ismail sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KSSB berkuatkuasa 26 Julai lepas.

Wan Ab Halim, 62, berkelulusan bidang Kejuruteraan Perlombongan dari London University dan mempunyai pengalaman luas bidang perlombongan sumber galian termasuk pasir, batuan, timah, besi dan emas. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain