suria

Norazlina Redzuan tinggalkan TV3

Noralina Redzuan
Noralina Redzuan
Noralina Redzuan

PENYAMPAI berita Buletin Utama yang manis ayu, Datin Norazlina Redzuan (Alin) akhirnya mengambil keputusan mengundurkan diri dari stesen televisyen itu.

Penyampai beri9ta TV3, Noralina Redzuan (Alin) akan meninggalkan TV3. Kepada Alin, semoga terus berjaya.

Minggu lepas masa Niezam pergi ke majlis berbuka puasa di sebuah hotel, terjumpa dengan salah seorang rakan Alin yang memberitahu kisah tersebut.

Khabarnya keputusan yang dibuat Alin itu bukan kerana dia sudah tidak sayangkan TV3 lagi tetapi Alin hendak memberikan tumpuan sepenuhnya kepada keluarga.

Alin berkahwin dengan Ketua Pegawai Eksekutif, TM International, Datuk Yusof Annuar Yaacob,45, pada 22 Ogos 2008. Dua tahun berkahwin, mereka belum dikurniakan cahaya mata.

Mungkin sebab itu Alin merasakan sudah tiba masanya dia buat keputusan untuk meninggalkan dunia yang penuh glamor untuk memberi tumpuan kepada keluarga. Selain itu dia juga mungkin mahu banyak berehat kerana sudah tiba masanya dia memikirkan soal anak.

“Alin mengesahkan dia hendak berhenti dari TV3. Mengikut ceritanya pada 15 September depan adalah hari terakhir dia bertugas dengan stesen TV itu,” kata rakannya itu.

Menurut sumber lain pula pihak TV3 tidak mengizinkan hasrat Alin untuk bersara sebagai penyampai berita kerana Alin mempunyai ramai peminat.

Hasrat Alin khabarnya telah ditolak oleh pihak pengurusan tertinggi tetapi personaliti itu tetap dengan keputusannya.

Kepada Alin, walaupun meninggalkan TV3 mudah-mudahan dia akan berjaya dengan kehidupannya selepas ini dan mendapat cahaya mata seperti yang diinginkan.

Niezam: Penyampai berita RTM perlu perubahan.

2 Alam? Kah... kah... kah....!

NIEZAM ada berborak dengan orang kuat Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) baru-baru ini. Niezam tanya orang itu, dah tengok ke belum filem 2 Alam.

Orang itu tanya pula Niezam dah tengok ke belum? Niezam kata belum sebab produsernya Dr. Rozmey tak buat previu lagi walaupun ada sumber-sumber kata Dr. Rozmey cuba sorok daripada wartawan.

Tak apalah... itu filem dia. Nak sorok ke nak buat pekasam ke tak jadi masalah sebab dia yang keluarkan duit. Dia punya sukalah.

Niezam tanya pegawai LPFM itu lagi kalau sudah tengok, bolehkah filem itu dapat kutip RM20 juta macam Dr. Rozmey kata? Selepas dengar soalan itu, pegawai berkenaan tu pun gelak terbahak-bahak.

Niezam pun tumpang gelak juga kerana tak tahan dengar dia gelak. Dalam hati memang betullah filem itu akan dapat kutipan RM20 juta sebab baru sebut nama tajuk, pegawai itu sudah gelak macam kena geletek.

“Saya dah tengok filem itu,” katanya dan sambung gelak lagi, kah... kah... kah...! 2 Alam filem mengisahkan bagaimana individu yang tukar jantina kembali insaf.

Bila pegawai itu gelak, Niezam terfikir mungkin filem itu ada elemen lawak kerana cara dia gelak kalau tidak diberi ubat bius memang boleh masuk hospital.

Jadi sekarang ni Niezam pun tak sabar nak tunggu 2 Alam yang akan ditayangkan pada November nanti.

Cuma Niezam nak pesan kepada Dr. Rozmey, kurang-kuranglah bercakap sebab orang-orang filem dah mula menyampah dengan cara dia. Ini orang filem kata bukan Niezam kata.

Niezam: Satu alam.

Tak salah artis kahwin artis

RAMAI orang kata kalau artis kahwin artis rumah tangga susah nak bahagia. Kalau artis kahwin artis, tak lama mesti akan bercerai. Terbaru penyanyi Siti Nordiana mengaku dia sendiri pun serik kahwin artis. Kalau boleh dia tak mahu lagi bertemu jodoh sesama artis.

Niezam tumpang berduka dengan kenyataan Nana itu. Mungkin ada kebenaran. Tapi sebenarnya tak salah artis kahwin artis. Cuma yang salahnya bila artis sama artis tak pandai jaga diri mereka sebagai seorang artis.

Artis-artis kita sekarang ni mudah lupa diri, besar kepala dan suka sangat dengan publisiti murah.

Itu tak termasuk lagi golongan yang suka mencerca dan mengeji sesama artis lagi. Bila terlalu ramai sangat artis yang macam ini dunia hiburan jadi tunggang terbalik. Bila mereka berkahwin, mulalah rumah tangga tak bahagia sebabnya tak pandai jaga diri masa jadi artis.

Tapi tak semua artis yang macam itu. Artis-artis yang pandai jaga diri hidup mereka memang selamat. Cuma Artis yang tak pandai bawa diri sahaja kesudahannya di pulau orang dan hidup dengan bayang-bayang sendiri.

Niezam: Terima kasih kepada artis dan pembaca yang hadir ke majlis berbuka puasa mStar 28 Ogos lalu.

Artikel Lain