suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Sahkan Rangka Manusia Yang Ditemui Sabtu Lepas Mangsa Bunuh

MUAR: Polis Muar hari ini mengesahkan rangka manusia yang dijumpai di sebuah rumah kosong dekat Kampung Permatang Pasir, Bukit Pasir di sini 3 April lalu adalah mangsa bunuh.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muar Supt Lee Choon Guan berkata ini berdasarkan kesan keretakan akibat benda tumpul yang ditemui pada bahagian kiri tempurung kepala yang dikesan oleh pakar.

"Hasil pemeriksaan mendapati ia adalah rangka seorang lelaki berusia antara 25 dan 50 tahun yang mati antara dua hingga enam bulan lalu. Kami klasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau seterusnya tidak menolak ia adalah rangka seorang lelaki Cina berdasarkan tulisan Cina bermaksud "hero" pada bahagian depan dan belakang baju yang ditemui pada rangka itu.

Choon Guan seterusnya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat IPD Muar, ASP Ahmad Ridhwan dengan menelefon 06-9526222 untuk tujuan pengecaman, bagi membantu siasatan. -BERNAMA

Artikel Lain