suria

Kong Cho Ha Setiausaha Agung MCA

KUALA LUMPUR: Sebagaimana yang dijangkakan, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini mengumumkan pelantikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha sebagai Setiausaha Agung parti yang baru.

Beliau juga mengumumkan pelantikan Datuk Tan Chai Ho sebagai Bendahari Agung manakala Datuk Tee Siew Keong sebagai Pengerusi Jawatankuasa Urusetia Kebangsaan yang baru.

Terdahulu Soi Lek mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Pusat MCA yang pertama selepas pemilihan semula kepimpinan pusat MCA 28 Mac lalu.

Lain-lain pelantikan ialah Senator Heng Seai Kie, yang juga Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Budaya sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Urusetia Kebangsaan.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dr Hou Kok Chung pula dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Agung dan Datuk Edward Khoo Keok Hai adalah Timbalan Bendahari Agung yang baru.

Khoo turut dilantik menganggotai Jawatankuasa Pusat parti.

Lain-lain anggota Jawatankuasa Pusat yang baru ialah Datuk Dr Mah Hang Soon, Datuk Tan Chin Meng, Datuk Ei Kim Hock, Datuk Koay Kar Huah, Senator Datuk Dr Yeow Chai Thiam, Senator Khoo Soo Seang dan Lau Yik Tuan.

Artikel Lain