suria

Pemandu Jengkaut Maut Dihempap Pokok

KUANTAN: Seorang pemandu jengkaut maut dihempap pokok balak yang sedang ditebang rakannya apabila pokok itu tiba-tiba tumbang akibat angin kencang di Ladang Amanah Saham Pahang Bukit Ibam dekat Rompin, semalam.

Kejadian berlaku pukul 9 pagi ketika mangsa yang dikenali dengan gelaran Attak berusia 38 tahun sedang memandu jengkaut itu menjalankan kerja-kerja pembersihan di ladang tersebut bersama rakannya berusia 27 tahun yang ditugaskan untuk menebang pokok balak.

Mangsa dari Taman Gunung Kulai, Johor meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian peha kanan, tangan dan pendarahan di telinga.

Pegawai Turus Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Asisten Supritendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, sebaik menyedari pokok balak itu tumbang, mangsa cuba melarikan diri dengan terjun dari jengkautnya namun cubaannya itu gagal dan mangsa dihempap pokok berkenaan.

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Rompin untuk bedah siasat," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain