suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adik Wartawan TV3 Pahang Maut Kemalangan Di LPT

MARAN: Adik perempuan wartawan penyiaran TV3 Pahang, maut dalam kemalangan jalan raya di Km 157.3 Lebuhraya Pantai Timur di sini, Sabtu malam, manakala ibu dan dua lagi adik kepada Herryanie Salehin cedera.

Hana Natasya Salehin, 21, mati di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala manakala ibunya, Norkhairol Awang Taram, 46, kakak mangsa, Hizieyana, 23, cedera ringan dan adik lelakinya, Haizal Hakimi, 8, cedera parah.

Ketua Polis Daerah Maran DSP Ahmad Johari Shahabudin berkata kejadian dipercayai berlaku ketika empat sekeluarga itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan setelah pulang dari pusat peranginan Genting Highlands.

Beliau berkata kemalangan pada pukul 8.15 malam itu dipercayai berpunca daripada kereta Toyota Vios yang dipandu ibu mangsa yang berada di lorong perlahan cuba bertukar lorong sebelum terlanggar bucu belakang kereta jenis Perodua Kancil yang berada di hadapannya.

"Akibat perlanggaran itu, Kancil itu berpusing beberapa kali sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan di sebelah kiri lebuh raya manakala kereta yang dinaiki mangsa terbabas serta merempuh sebuah kereta jenis Proton Wira yang berhenti di lorong kecemasan kerana rosak," katanya.

Beliau berkata rempuhan kuat itu menyebabkan kereta mangsa melambung tinggi sebelum menghempap sebuah lagi kereta jenis Proton Waja yang berhenti di hadapan Wira berkenaan.

Ahmad Johari berkata Hana Natasya, seorang pengusaha pusat cuci kereta di sini, yang duduk di bahagian hadapan dilapor tercampak keluar dari kereta.

Haizal Hakimi pula, katanya cedera parah dengan patah tangan dan kaki kanan serta cedera di tengkuk.

Beliau berkata seorang lagi mangsa yang parah ialah penumpang kereta Wira, Mashasmila Mohd Ali, 30.

Kesemua mangsa yang cedera dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.

Sementara itu, Herryanie yang ditemui di unit kecemasan Hoshas malam Sabtu berkata dia menerima panggilan daripada ibunya yang memaklumkan kejadian itu ketika sedang menonton televisyen bersendirian di rumah. - BERNAMA

Artikel Lain