suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anwar Diselar Salah Guna Sambutan Tahun Baru Cina Untuk Politik

KOTA KINABALU: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini diselar kerana telah menyalahgunakan sambutan Tahun Baru Cina di Sabah semalam untuk tujuan politik.

Ketua Pemuda Gerakan Sabah, Chang Shui Kiong berkata, dakwaan Anwar pada satu sambutan Tahun Baru Cina di sini semalam kononnya Gerakan dan parti berasaskan Cina yang lain di Sabah gagal membela kepentingan kaum itu adalah tidak berasas.

"Ia satu cubaan memancing undi kaum Cina di Sabah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chang berkata, Anwar sepatutnya menyelesaikan pelbagai masalah dalam PKR daripada cuba mempengaruhi kaum Cina Sabah untuk menyokong parti itu.

"Rakyat tahu Anwar cuba memburuk-burukkan Barisan Nasional bagi mengalih perhatian mereka daripada masalah dalaman dan kegagalan Pakatan Rakyat," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain