suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

700 Ribu Kenderaan Bertambah Setiap Tahun

PULAU PINANG: Penambahan kira-kira 700,000 kenderaan setiap tahun menjadi antara penyumbang peningkatan kadar kemalangan jalan raya di negara ini, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri.

Beliau berkata mengikut rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika ini terdapat sebanyak 18.5 juta kenderaan didaftarkan di negara ini.

"Jumlah ini sudah tentu memberi tekanan kerana ia akan meningkatkan risiko kemalangan di jalan raya sekali gus menjadi masalah kerana masing-masing memiliki kenderaan persendirian sehingga menyebabkan pengangkutan awam kurang digunakan.

Beliau bercakap kepada pemberita pada majlis pelancaran Kempen Rakan Trafik di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.

Mengenai Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dicadangkan pelaksanaannya bagi mengurangkan kemalangan jalan raya, Abdul Rahim berkata kerajaan pada dasarnya telah meluluskan penggunaan sistem itu.

"AES merupakan sistem di mana kamera dipasang di kawasan-kawasan sering berlaku kemalangan bertujuan mengesan pemanduan laju dan merakamkan kesalahan jalan raya.

"Buat permulaan, sebanyak 600 hingga 700 kamera akan dipasang secara berperingkat di kawasan yang dikenalpasti di Semenanjung," katanya.

Sistem AES digunakan secara meluas di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain