suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

165 Penerima Darjah Kebesaran Sempena Keputeraan Sultan Pahang ke-79

PEKAN: Pengarah Eksekutif Pelaburan Khazanah Nasional Berhad, Tunku Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin mengetuai senarai 165 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun keputeraan ke-79 Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini, hari ini.

Istiadat pengurniaan Darjah Sultan Ahmad Shah (DSAP) Pahang yang membawa gelaran "Datuk" kepada Tunku Mahmood Fawzy dan juga kepada Pengarah Alam Venture Sdn. Bhd. Datuk Anuarul Aini Mohd Perai disempurnakan oleh Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Sementara itu, seramai 57 penerima dianugerahkan Darjah Indera Mahkota (DIMP) yang turut membawa gelaran "Datuk" termasuk Pengerusi Eksekutif Dubaiz International Shipping LLC Datuk Paduka Dr Rusli Zaman, Ahli Dewan Negara Senator Zaitun Mat, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Raslin Abu Bakar, Ketua Pengarah Hal Ehwal Orang Asli Malaysia Mohd Sani Mistam, Naib Presiden Kanan Bahagian Kewangan dan Pemprosesan Pelaburan Permodalan Nasional Berhad dan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor Ja'far Mahad.

Penerima DIMP yang lain adalah Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pulau Pinang Latifah Md Yatim, Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Pulau Pinang Matrang Suhaili dan Pengarah Kampus Universiti Teknologi Mara Pahang Prof Madya Dr Hilmi Ab Rahman.

Pengarah Siasatan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan KDRM Zainul Abidin Taib, Timbalan Pengarah Jabatan KDRM Johor Ranli Johari dan Pengarah/Pengerusi Jawatankuasa Audit Alam Maritim Resources Berhad Ab Wahab Ibrahim juga turut menerima anugerah DIMP.

Tengku Abdullah turut berkenan menganugerahkan darjah-darjah kebesaran Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada lima orang dan masing-masing sembilan penerima Setia Mahkota Pahang (SMP) dan Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP).

Seramai 25 penerima dikurniakan Ahli Mahkota Pahang (AMP), masing-masing penerima Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) dan Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) serta 38 orang penerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK).

Turut hadir Tengku Puan Pahang Tunku Aminah Maimunah Sultan Iskandar, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan barisan ahli Exco kerajaan negeri. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain