suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

38,495 Jawatan Kosong Di Sektor Awam Sudah Diisi, Kata Najib

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebanyak 38,495 pekerjaan daripada 50,000 jawatan kosong di sektor awam sudah diisi sejak Mac 2009 sehingga kini.

"Kerajaan juga telah mengambil sebanyak 11,131 orang sebagai pekerja kontrak," kata beliau ketika mengumumkan prestasi ekonomi negara bagi suku keempat 2009 di sini hari ini.

Namun, Perdana Menteri berkata pengambilan pekerja kontrak perkhidmatan ini adalah disarankan supaya mencari pekerjaan tetap di pasaran pekerja setelah tamat tempoh kontrak.

Najib berkata kerajaan melalui agensi-agensinya dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan kerjasama sektor swasta telah mewujudkan sebanyak 100,000 peluang latihan dan pekerjaan.

"Ini telah memanfaatkan pekerja dari sektor perkhidmatan, graduan menganggur, pekerja yang telah diberhentikan, ibu tunggal, pekerja kurang upaya dan aparantis."

Najib berkata sebanyak RM230 juta telah dibahagikan kepada Pusat Latihan di peringkat negeri untuk latihan teknikal.

Daripada jumlah ini sebanyak RM169 juta digunakan untuk latihan kepada 13,916 pekerja daripada pelbagai industri.

Secara keseluruhan, keadaan pasaran pekerja nyata bertambah baik pada suku keempat, memandangkan jumlah pemberhentian pekerja berkurangan kepada 2,125 orang berbanding 12,590 orang pada suku pertama tahun lalu.

Perdana Menteri berkata salah satu aspek utama pakej rangsangan dan Mini Bajet 2009 adalah pelaksanaan langkah khusus untuk mewujudkan peluang dan latihan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain