suria

5 Metrik Tan Gula Dirampas Dari Sebuah Kedai Di Negeri Sembilan

NILAI: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PKPDK&K) Negeri Sembilan hari ini merampas lima tan metrik gula pasir kasar bernilai kira-kira RM8,250 dari sebuah kedai runcit di Taman Semarak di sini.

Timbalan Pengarah PKPDK&K Negeri, Mohd Nor Musa berkata rampasan tersebut dibuat hasil aduan orang ramai bahawa kedai itu menjual gula pada harga RM1.80 sekilogram yang melebihi harga yang ditetapkan iaitu RM1.65 sekilogram.

"Kita telah menghantar dua orang pegawai kita untuk menyamar bagi membeli gula di kedai ini dan resit yang dikeluarkannya memang tertera harga RM1.80 sekilogram," katanya kepada pemberita di premis berkenaan.

Beliau berkata jika sabit kesalahan, pemilik kedai tersebut boleh didenda sehingga RM15,000. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain