suria

1,500 Batang Balak Disita Di Selangor

SHAH ALAM: Sejumlah 1,500 batang balak telah disita oleh Jabatan Perhutanan Selangor (JPS) dalam kes pencerobohan kawasan hutan seluas 120 hektar milik kerajaan negeri di Hulu Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri, Elizabeth Wong berkata kes tersebut dibentangkan oleh JPS dalam taklimat mereka kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini.

"Jemaah Exco difahamkan bahawa pencerobohan itu didorong oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli yang tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan lesen pembalakan.

"Oleh itu Jabatan Perhutanan telah diarahkan supaya membuat laporan berhubung perkara itu kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia," katanya kepada pemberita. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain