Muntik Kena Pukul Dengan Besi Dan Penyapu - Pegawai Penyiasat - Semasa | mStar

Muntik Kena Pukul Dengan Besi Dan Penyapu - Pegawai Penyiasat

SHAH ALAM: Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa pembantu rumah warganegara Indonesia, Muntik Bani memberitahu beliau bahawa dia telah dipukul di kaki dan tangan oleh majikan lelakinya menggunakan besi dan batang penyapu.

Inspektor Mohd Azan Radzali, 30, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang yang merupakan pegawai penyiasat kes itu berkata Muntik memberitahu beliau perkara itu semasa beliau melawat mangsa yang menerima rawatan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, sehari selepas dia ditemui di dalam tandas rumah majikannya pada 20 Okt tahun lepas.

"Bila saya nampak keadaan betis kaki kanannya di tengah-tengah ada lubang, saya tanya mangsa siapa buat dan dia kata dia kena pukul 'bapak' dengan besi dan bila saya tanya kenapa tangan kanannya sampai terlipat ke belakang, dia jawab dia kena pukul dengan 'bapak' guna batang penyapu.

"Saya juga tanya berapa lama dia dikurung dalam bilik air dan dia jawab dua hari, dua malam. Saya seterusnya tanya macam mana kamu boleh berada dalam bilik air itu dia kata 'bapak' angkat dia letak dalam bilik air. Saya juga tanya majikan perempuan ada pukul atau tidak dan dia jawab kakak (majikan perempuan )tidak pukul," katanya semasa menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar pada hari keempat perbicaraan kes A. Murugan, 35, yang didakwa membunuh Muntik, 40.

Tertuduh, penjual air tebu, didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di No. 11, Jalan Datuk Yusof Shahbudin 6, Taman Sentosa, antara 18 dan 20 Okt tahun lepas dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain