suria

Tunku Mahkota Johor Dilantik Pemangku Sultan

Tunku Ibrahim Ismail menandatangani sumpah watikah pelantikan sebagai Pemangku Raja di Istana Besar, Johor Bahru hari ini. - Foto The Star Abdul Rahman Embong

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar hari ini dilantik sebagai Pemangku Sultan semasa kegeringan Sultan Johor Sultan Iskandar.

Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli melalui satu kenyataan di sini hari ini berkata, Jumaah Majlis Diraja membuat keputusan itu di bawah Fasal 9(1)(b) dan 9(2) Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 selepas menerima laporan kesihatan daripada pakar-pakar perubatan mengenai kegeringan baginda.

"Sultan Iskandar telah dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru hari ini kerana kegeringan dan jumaah bersetuju melantik Tunku Ibrahim sebagai Pemangku Raja pada hari ini bagi menjalankan tugas raja semasa kegeringan Sultan Iskandar," kata beliau.

Dalam pada itu, Abdul Rahim meminta rakyat mendoakan supaya keadaan baginda sembuh seperti sediakala.

Artikel Berikut

Artikel Lain