suria

APMM Rampas 1tan Beras Cuba Diseludup

PULAU PINANG: Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang hari ini merampas 1,050 kilogram beras yang cuba diseludup keluar negara menerusi jalan laut.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim Dua Pulau Pinang KDR Robert Teh Geok Chuan berkata bertindak atas maklumat awam, sepasukan anggota APMM membuat pemeriksaan terhadap sebuah kapal ikan tuna di kawasan 0.9 batu nautika dari Pantai Weld Quay di sini kira-kira pukul 12.30 tengahhari tadi.

Beliau berkata kapal ikan tuna yang berdaftar di Taiwan itu ditahan semasa sedang membuat persiapan untuk belayar ke Mauritius, dan menurutnya pemeriksaan awal mendapati kapal itu pelbagai barangan makanan sebagaimana yang diisyhtihar dalam dokumen Kastam.

"Bagaimanapun selepas dibuat pemeriksaan rapi di salah satu bahagian dalam kapal yang tersorok, kami menemui 1,050 kilogram beras jenama Berasmas Super Special lima peratus bernilai RM2,800 dan tidak mempunyai dokumen Kastam," katanya pada satu persidangan akhbar di sini hari ini.

Robert berkata APMM merampas semua beras berkenaan kerana beras tempatan tidak dibenarkan dibawa keluar dari negara tanpa kebenaran pihak berkuasa, dan menurutnya kes itu diserahkan kepada Unit Kawal Selia Padi dan Beras Kementerian Pertanian untuk tindakan selanjutnya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain