suria

Keputusan MUET Akan Dikeluarkan Isnin Ini

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) 2009 akan dikeluarkan pada Isnin ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan hari ini berkata, calon-calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.

Calon juga boleh menyemak keputusan mereka menerusi SMS dengan menaip MUET <jarak> No. K/P dan hantar ke 36363 mulai jam 12.01 tengah malam 11 Januari 2010, atau dengan melayari laman web http://www.mpm.edu.my mulai jam 9 pagi pada tarikh tersebut.

Seramai 79,206 calon menduduki ujian itu di 905 pusat di seluruh negara tahun lepas, menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain