suria

‘Lakeview Apartment’ Mungkin Akan Runtuh

Pemandangan bahagian hakisan dari atas Apartment Lakeview di Bandar Selayang. -foto The Star oleh RICKY LAI

KUALA LUMPUR: Penduduk pangsapuri ‘Lakeview Apartment’ di Taman Jasa Perwira berada di dalam bahaya kerana bangunan itu terletak ditepi curun yang mengalami hakisan.

Keadaan menjadi bertambah buruk ketika musim hujan sejak kebelakangan ini. Ini juga menyebabkan punca hakisan yang besar kemungkinan akan mengakibatkan bangunan itu runtuh.

Pangsapuri 18 tingkat itu terletak berhampiran Taman Jasa Utama.

Pada petang Sabtu lalu, lumpur mengalir masuk ke dalam beberapa buah rumah di kawasan perumahan Taman Jasa Utama.

Tinjauan di lokasi Blok A 'Lakeview Apartment' memang betul-betul terletak di ambang cerun itu.

Menurut salah seorang daripada penduduk, Ahmad Jefry, 31, masalah itu telah pun dipanjangkan kepada pihak pemaju pada bulan lepas. Beliau memaklumkan bahawa masalah itu akan diatasi secepat mungkin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain