suria

Ong: Beri golongan muda banyak ruang di media baru

MENTERI Pengangkutan yang juga Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat (dua kanan) melawat seksyen media baru di Galeri Star di Menara Star, Petaling Jaya semalam. Bersama dengan beliau adalah (dari kiri) Pengarah Urusan Kumpulan The Star yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Datin Linda Ngiam; Ketua Pengarang Kumpulan The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai; Timbalan Pengerusi Eksekutif Star Publications (M) Berhad, Datuk Clement Hii dan Pengarah Eksekutif The Star Publications Ng Beng Lye.--fotoTHE STAR oleh Sia Hong Kiau

PETALING JAYA: Golongan muda perlu diberi lebih banyak ruang untuk mengambil bahagian dalam media baru, kata Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.

"Harapan dan permintaan orang ramai terhadap media terus meningkat dan ia satu hakikat yang perlu dihadapi.

"Oleh itu adalah penting bagi kita berfikiran muda untuk mengetahui apa yang dikehendaki dan diharapkan oleh golongn muda," kata beliau dalam ucapannya ketika melawat Menara Star di sini semalam.

Ong yang juga Menteri Pengangkutan berkata, kumpulan khalayak zaman sekarang tidak boleh disamakan dengan mereka pada era 1980-an atau 1990-an.

Justeru beliau berpendapat organisasi akhbar perlu menerokai kesemua kemungkinan untuk kekal berdaya saing.

Ketika memberikan pandangannya, Ong yang merupakan pembaca tetap The Star sejak kecil lagi mengesyorkan Star Media Group agar mengadakan portal-portal baru dalam bahasa lain bagi menawan pembaca sektor-sektor lain.

"Walaupun dalam situasi sukar seperti sekarang, organisasi-organisasi media perlu bersedia untuk melakukan pembaharuan bagi menikmati hasilan-hasilan positif," katanya.

Terdahulu, Ong diberikan taklimat mengenai kejayaan dan kemajuan dicapai Star Media Group dalam sektor media elektronik dan digital.

Beliau dimaklumkan Star Online mempunyai kadar tatapan 55 juta sebulan manakala portal bahasa Malaysia, mStar Online pula 3.5 juta.

Beliau juga diberi previu tentang portal terbaru Star Media Group berkaitan bidang hartanah, yang akan muncul waktu terdekat.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Star, Datuk Clement Hii pula berkata, pihaknya akan menerokai bidang multimedia untuk memperkukuhkan kedudukan perkhidmatan online syarikat ini.

Dengan tiga anak syarikat telah pun memperoleh status Koridor Raya Multimedia (MSC), jelas beliau, ia akan membantu Star Media Group menerokai persekitaran baru untuk muncul sebagai kumpulan media pelbagai platform berbanding produk media cetak sebelum ini.

"Ia akan membolehkan kami memenuhi pelbagai permintaan pengguna kami buat masa sekarang dan masa depan," kata beliau dalam ucapan mengalu-alukan kedatangan Ong.

Oleh itu, kata beliau, salah satu syarikat bertaraf MSC akan memiliki laman Star Online yang telah dipertingkatkan ciri-cirinya, yang akan mengalihkan sebahagian besar bidang dan yang penting kepada persekitaran perkhimdtan online dan mudah alih kelak.

"Syarikat status MSC kami yang kedua sedang membangunkan portal pekerjaan yang komprehensif, akan memperkayakan mereka yang mencari peluang pekerjaan dan mereka yang mahir dalam persekitaran dunia berdaya saing dan tanpa sempadan," kata Hii lagi.

Tambah beliau, syarikat berstatus MSC ketiga akan melancarkan portal hartanah dalam waktu terdekat.

Hii menambah, pembabitan Kumpulan Star dalam media baru dan operasi online telah memberi impak terhadap cara pekerja syarikat ini menjalankan kerja masing-masing.

"Wartawan kami bukan sahaja menyediakan liputan kejadian dalam bentuk cetak dan online, malah mereka menghantarnya dalam bentuk SMS, menyediakan maklumat menerusi Facebook, kemaskinikan maklumat menerusi Twitter dari tempat kejadian," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain