suria

Walaupun undi turun kemenangan tetap kemenangan - Nasharudin

PERTAHAN JAWATAN.. Nasharuddin Mat Isa berjaya mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS yang disandangnya selama tiga penggal berturut-turut. Beliau memperoleh 480 undi. Foto THE STAR Oleh:RAJA FAISAL HISHAN.
PERTAHAN JAWATAN.. Nasharuddin Mat Isa berjaya mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS yang disandangnya selama tiga penggal berturut-turut. Beliau memperoleh 480 undi. Foto THE STAR Oleh:RAJA FAISAL HISHAN.
PERTAHAN JAWATAN.. Nasharuddin Mat Isa berjaya mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS yang disandangnya selama tiga penggal berturut-turut. Beliau memperoleh 480 undi. Foto THE STAR Oleh:RAJA FAISAL HISHAN.

SHAH ALAM: "Saya tetap menang." Demikian reaksi Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berhubung kejayaannya mempertahankan jawatan tersebut buat kali ketiga berturut-turut walaupun undi diperlolehnya kurang 50 peratus daripada peratusan mengundi kali ini.

Sehubungan itu Nasharudin menambah, beliau dari awal sudah berkeyakinan dapat mempertahankan kerusinya berdasarkan sumbangannya kepada parti.

"Berdasarkan peranan yang saya mainkan untuk menaikkan imej parti, saya yakin menang tapi saya tak pernah menjangkakan jumlah undi yang saya akan menang," kata beliau pada sidang media tengah hari tadi, Pada pemilihan semalam, Nasharudin mengekalkan jawatannya dengan menerima 481 undi untuk merekodkan majoriti 200 undi dalam pertarungan tiga penjuru.

Dua lagi calon lain iaitu Datuk Paduka Husam Musa dan Muhamad Sabu masing-masing menerima 281 undi dan 261 undi.

Diminta mengulas mengenai trend pengundian bagi jawatan Timbalan Presiden yang dilihat terbahagi kepada dua kumpulan, Nasharudin berkata, beliau yakin hubungan di kalangan ahli dan pemimpin PAS dapat dipulihkan selepas muktamar ini.

"Ini bukan kali pertama dalam PAS, daripada awal PAS ditubuhkan kepimpinan kita silih berganti... itu perkara biasa.

"Perubahan ini berlaku, tapi selepas muktamar kita akan rapatkan semula saf," katanya.

Beliau berkata, selepas muktamar ini, PAS akan memberi tumpuan kepada pilihan raya umum ke-13 dan usaha memperkukuhkan hubungan dalam Pakatan Rakyat.

Ditanya sama ada kemenangannya menunjukkan perwakilan mahukan golongan ulama terus menerajui kepimpinan PAS, beliau berkata, hasil keputusan menunjukkan wujudnya keseimbangan antara kepimpinan ulama dan profesional.

"Kalau kita lihat kepada kombinasi jawatankuasa yang baru dipilih ia agak seimbang antara pelbagai latar belakang sama yang berpendidikan agama mahupun yang tidak berpendidikan agama.

"Bagi saya keputusan ini adalah manifestasi untuk PAS dipimpin secara bergabung dan kolektif," katanya.

Diminta mengulas sama ada dengan kemenangannya ini beliau akan meneruskan agenda untuk bermuqabalah dengan Umno akan diteruskan, beliau berkata, PAS tidak pernah menutup sebarang perbincangan antara mana-mana parti politik mahupun badan bukan kerajaan (NGO).

"Sudah tentulah sebagai sebuah parti politik Islam, pintu ini tidak pernah tertutup... dengan siapapun kita akan bincang," katanya.

Artikel Lain