suria

Mahathir: Saya tidak akan campurtangan isu jambatan bengkok

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan beliau tidak akan campurtangan dalam keputusan kerajaan sama ada akan menyambung semula projek pembinaan jambatan bengkok di Johor atau sebaliknya.

Meskipun kecewa dengan pembatalan projek tersebut, Dr Mahathir berkata beliau tidak akan mempengaruhi kerajaan untuk menyambung semula projek itu.

Beliau bagaimanapun masih mengharapkan pembinaan jambatan itu direalisasikan kerana ia satu keperluan bagi mengurangkan kesesakan di Tambak Johor.

"Walaupun saya berpendapat tidak ada sebab projek itu tidak boleh diteruskan...saya tidak ada keputusan untuk dibuat, mungkin kerajaan sekarang ada," katanya pada sidang akhbar selepas berucap pada majlis bersama Bloggers United Malaysia di Subang Jaya di sini semalam.

Katanya jika dilihat semasa pembinaan Tambak Johor dahulu, purata daripada 1,000 orang penduduk mungkin hanya ada sebuah kereta tetapi ketika ini keadaannya sudah berubah.

"Sekarang kita ada 10 juta kereta bagi penduduk 27 juta orang.

"Boleh dikatakan setiap 2.7 orang ada sebuah kereta...jadi masalah lalu lintas semakin serius. Jika kita tidak mempunyai fasiliti yang sempurna kita akan berdepan dengan kesesakan yang lebih teruk selepas ini," katanya.

Projek pembinaan jambatan bengkok bernilai RM600 juta telah dibatalkan pada 2006 walaupun pembinaannya dilihat boleh menyelesaikan masalah kesesakan di Tambak Johor.

Projek itu turut memberi kemudahan kepada laluan untuk kapalkapal perdagangan melalui perairan Selat Tebrau.

Berhubung isu kurang keyakinan dan hilang kepercayaan rakyat terhadap akhbarakhbar utama, Dr Mahathir berkata pemilikpemilik akhbar tersebut sememangnya mengetahui keadaan itu tetapi mereka tidak dapat berbuat apaapa kerana dibayangi pihakpihak tertentu.

Katanya beliau pernah bercakap dengan pihak pengurusan akhbarakhbar tersebut yang melahirkan rasa tidak puas hati berkaitan wujudnya kekangan tetapi tidak boleh mengubahnya kerana kemungkinan tindakan akan diambil ke atas mereka jika melaporkan perkara sebaliknya.

Beliau berkata sekiranya akhbarakhbar itu ingin menjadi relevan di hati rakyat mereka harus membina semula keyakinan biarpun secara perlahan.

"Jika akhbar perdana mahu dilihat relevan, akhbar itu perlu membina semula keyakinan mereka. Hanya siarkan hal yang benar dan buat analisis yang betul berdasarkan kebenaran. Jangan selalu lihat sudut politik," kata beliau. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain